Monday, March 3, 2014

INFO: KOPI HIJAU PALING BAGUS UTK MENURUNKAN BERAT BADAN



Kopi hijau atau Green coffee berasal dari biji kopi yang tidak dilayur. Kopi ini mempunyai banyak manfaat kesihatan. Banyak yang mendakwa bahawa kopi hijau sangat baik untuk menurunkan berat badan.

Di dalam kopi hijau, ada kandungan asid chlorogenic yang bertindak sebagai antioksidan, yang tidak ada pada kopi yang dipanggang. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa asid klorogenat ini yang mempunyai kesan yang baik bagi kesihatan tubuh.
Pada kopi biasa, rasa dan aroma khas kopi lebih dikembangkan saat pembakaran. Kalau biji kopi hijau, cenderung kurang mempunyai aromakhas dan berasa sedikit pahit.

Manfaat Kopi Hijau atau Green Coffee
Walaupun hanya beberapa kajian yang meneliti tentang manfaat kesihatan kopi hijau, namun ada bukti bahawa memang kopi hijau banyak mempunyai manfaat kesihatan. Dan berikut akan dijelaskan beberapa contoh kajian yang berjaya meneliti tentang manfaat kesihatan kopi hijau:

 Kopi Hijau Untuk Kurangkan Berat
Menurut kajian yang dilakukan oleh Gastroenterology Research and Practice tahun 2011, yang fokus dengan fungsi kopi hijau untuk menurunkan berat badan.
Menurut data yang telah dilakukan oleh para penyelidik, telah mendapati bahawa ekstrak kopi hijau lebih berkesan untuk penurunan berat badan daripada plasebo. Namun, untuk uji yang lain, banyak yang tidak berjaya. Sangat diperlukan untuk melakukan kajian semula terhadap manfaat kopi hijau untuk menurunkan berat badan.
Dalam kajian yang dilakukan oleh BMC Complementary and Alternative Medicine menunjukkan bahawa ekstrak kopi hijau dapat melindungi tubuh dari kenaikan berat badan, kerana boleh memerangi lemak. Selain tiu, juga sangat baik untuk metabolisme hati dan lemak.

 Kopi Hijau Boleh Menurunkan Tekanan Darah
Sebuah kajian yang telah dilakukan oleh Hypertension Research menunjukkan bahawa kopi hijau boleh menurunkan tekanan darah. Mereka menggunakan sampel sebanyak 117 orang lelaki dengan tekanan darah tinggi ringan, yang diberi kopi hijau dan plasebo untuk dimakan selama 28 hari. Pada akhirnya, sampel yang diberikan kopi hijau, tekanan darahnya menurun, daripada yang diberi palsebo.

 Kopi Hijau Dapat Menyembuhkan Penyakit Alzheimer
Menurut sebuah kajian yang dialakukan oleh Nutritional Neuroscience tahun 2012, menunjukkan bahawa ekstrak kopi membantu melindungi tubuh dari risiko penyakit Alzheimer. Selain itu, kopi hijau juga boleh membantu melawan rintangan insulin.

No comments:

Post a Comment